Senin, 01 Oktober 2007





Merawat besi, bukan minyak | Fungsi & Faedah


Kenderaan anda akan mula menghadapi masalah setelah dipandu dalam keadaan jalan raya yang kurang baik untuk jangka masa yang lama, pendedahan berterusan kepada perubahan cuaca dan sering terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Oleh itu, adalah penting untuk memilih minyak rawatan besi yang berkesan bagi menghapus dan menyelesaikan masalah yang serius sebelum keusangan atau kerosakan enjin berlaku.

Kemampatan Lebih Baik = Pembakaran Lengkap = Kurang Pencemaran


Ciri-ciri di atas boleh dicapai dengan menambahkan ATM Super Friction Eliminator dalam enjin kenderaan anda kerana ATM Super Friction Eliminator akan membantu omboh untuk mencapai kemampatan optimum dan seterusnya meningkatkan prestasi enjin anda ke tahap paling tinggi dengan kebangkitan kuasa baru. Fenomena ini boleh dicapai terutama untuk enjin kenderaan yang lama.


Salah satu ciri unik produk ialah keupayaannya untuk melekat pada permukaan besi. Struktur nano-molekular menyokong penarikan molekul berpola terhadap permukaan besi. Molekul kecil dalam ATM Super Friction Eliminator boleh menembusi retakan mikroskopik pada permukaan besi dan menampal retakan tersebut.


ATM membawa masuk ATM Super Friction Eliminator dari Amerika Syarikat berikutan kemajuan besar dalam teknologi minyak rawatan enjin, khusus untuk anda.


Ciri-ciri:

  1. Mematuhi Standard API dan telah diuji oleh Sirim
  2. Berupaya melekat pada permukaan besi
  3. Bertindak sebagai penampal hidrolik antara bulatan omboh dengan dinding silinder
  4. Mengandungi unsur-unsur antioksidan dan anti-geseran
  5. Mengandungi struktur nano-molecular dan rantaian molekul yang lebih panjang
  6. Ditambah dengan bahan campuran sebaran
  7. Mudah bercampur dengan minyak sintetik atau petroleum
  8. Direka bentuk khas untuk enjin petrol, engine LPG dan enjin diesel
  9. Boleh digunakan untuk engin bekas engkol, transmisi manual, pembezaan gear dan stereng kuasa
  10. Bolehjuga digunakan untuk enjin peralatan berat
  11. Tidak mengandungi bahan berbahaya seperti Plumbum, Silikon, Molybdenum, PTFE (Teflon) atau Zinc Dialkydithiophosphate
  12. Dibuat di Amerika Syarikat

Aplikasi Automotif

Nisbah

Rawatan yang Disyorkan

Enjin bekas engkol

(di bawah 2000cc)

236ml

20,000km

(lebih daripada 2000cc)

236ml x 2 botol

20,000km

Transmisi manual

236ml

40,000km

Pembezaan gear

236ml

40,000km

Stereng Kuasa

60ml

40,000km

Aplikasi Industri

Nisbah

Rawatan yang Disyorkan

Sistem Hidrolik

1:16

1,000 jam

Pemampat Udara (Jenis Skru / Timbal balik)

1:16

1,000 jam


Amaran:

Produk ini mengandungi petroleum suling. Berbahaya atau boleh mengakibatkan kematian jika ditelan. Jangan cuba muntahkan. Jumpa doktor serta-merta.


Jauhkan daripada kanak-kanak